Rabu, 7 Ogos 2013

Menginsafi Ramadhan!

Menginsafi Ramadan yang berlalu, mari kita muhasabah sebanyak manakah amalan baik yang telah kita laksanakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan, yang kini malabuhkan tirainya? 

Antara yang berikut, yang mana satukah kita?
1. Melaksanakan semua kewajiban; solat 5 waktu, puasa setiap hari sepanjang Ramadan, tunaikan zakat Fitrah,
2. Tanpa uzur Syarie telah tinggalkan beberapa kewajiban yang dinyatakan tadi,
3. Melaksanakan ibadah istimewa Ramadan sepanjang setiap hari sepanjang Ramadan; solat Tarawih, bersahur di waktu afdal, qiamullail, membaca Al-Quran,
4. Tanpa uzur Syarie telah tinggalkan beberapa ibadah istimewa yang disebutkan tadi?

Beruntunglah jika anda melaksanakan kewajiban dan menunaikan amalan sunat sepanjang Ramadan.

Pemergian Ramadan disulam kemeriahan Syawal yang menjelma. APA TINDAKAN KITA?

Sekarang:
1. Beristighfarlah.
2. Pohon pada Allah terimalah segala kebaikan kita dan hapuskanlah dosa-dosa kita.
3. Pastikan ZAKAT FITRAH TELAH DITUNAIKAN. Tak mahal, RM7.00 sahaja seorang.

Malam 1 Syawwal:
1. Usai solat Maghrib, mulalah bertakbir dan bertahmid
الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد
2. Disamping kesibukan persiapan menerima tamu esok hari, usah lupa rehat yang cukup.
3. Tidur awal dan bangunlah sekitar jam 3 pagi, hidupkan malam dengan solat-solat sunat dan bertakbir.

Pagi 1 Syawal:
1. Bangun awal, mandi sunat hari raya. Seperti mandi biasa juga, tetapi niatkan diawalnya "sahaja aku mandi sunat Idul Fitri"
2. Selesai solat Subuh, jamahlah sedikit juadah. Ini amalan Rasulullah SAW. Kemudian, barulah keluar ke untuk solat sunat hari raya.
3. Sampai awal untuk SOLAT SUNAT HARI RAYA supaya dapat perbanyakkan takbir. Ingat, jangan terus balik selesai solat. Khutbah raya adalah wajib.
4. Ucapkanlah ucapan-ucapan yang baik kepada orang yang kita temui sepanjang hari, seeloknya
تقبل الله منا ومنكم
من العائدين والفائزين
5. Hindarilah perkara yang diharamkan Allah. Usah cemari hari mulia dengan dosa. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...